Followers

Wednesday, February 29, 2012

Special Day Only Once In 4 Years
29 FEBRUARY 2012

Assalamualaikum
Tarikh yang sangat istimewa 29/02/12 hanya empat tahun sekali ataupun di panggil tahun lompat, bermakna aku akan update blog empat tahun lagi pada tarikh ini akan datang...hehehe 
Ok,nak cerita serba sikit tentang tahun lompat yang aku dapat info dari internet.

Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.Tahun lompat merupakan tahun di mana tambahan hari dimasukkan kedalam bulan Febuari. Maka dengan itu ia mengandungi 366 hari setahun. Manakala tahun-tahun biasa mengandungi 365 hari sahaja. Ia berlaku setiap 4 tahun.Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac. OK... itu sahaja yang ingin aku kongsikan..Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...